TIADA LAGI “PANEL 25%”

Kongsikan

AKHIRNYA ADA FATWA DIWARTAKAN TENTANG SAHNYA HIBAH HARTA DALAM GADAIAN !

Selepas beberapa tahun isu ini hangat diperdebatkan, adakah hibah bagi harta dalam pinjaman yang dicagar/gadai kepada bank itu sah atau tidak, akhirnya sebuah negeri telah memfatwakan bahawa HIBAH HARTA DALAM GADAIAN ADALAH SAH SEKIRANYA HARTA TERSEBUT DILINDUNGI MRTT DAN MLTT ATAU MENDAPAT KEIZINAN PEMEGANG GADAIAN.
 
Fatwa Ini diwartakan di dalam bulan Mei 2021 yang lepas. Sebaik warta bertulis secara rasmi dikeluarkan, kita akan ulas lebih terperinci lagi in shaa Allah.
 
Saya telah bertahun lamanya berjuang berkongsi dengan masyarakat bahawa takaful atau keizinan pemegang gadaian adalah antara faktor yang menyebabkan hibah harta dalam pinjaman itu sah. Fatwa ini membuka peluang paling baik kepada PERUNDING TAKAFUL untuk bersama-sama Wasiyyah Shoppe Berhad sebagai daie kerana anda berpeluang untuk mempromosikan polisi takaful syarikat anda bersama-sama produk hibah harta bercagar Wasiyyah Shoppe Berhad

Keizinan dari pemegang gadaian itu pula datang dalam pelbagai bentuk seperti ibra’, dhaman dan sulh. Keizinan tidak bermakna ada surat rasmi dari bank membenarkan kita membuat hibah.

Dua faktor ini adalah dapatan dari penyelidikan ilmiah yang kami buat bersama UKM dan hari ini apabila fatwa negeri berkenaan diwartakan, ia mengesahkan bahawa pandangan Wasiyyah Shoppe Berhad itu dipersetujui.
 
Dapatan penyelidikan ini jugalah yang Wasiyyah Shoppe Berhad gunakan bagi memperkenalkan perkhidmatan hibah harta bercagar kami kepada masyarakat Islam.

Bukan sedikit pihak yang mempertikaikan hujahan ilmiah kami malah ada yang menuduh panel syariah kami sebagai ‘panel 25%’ kerana kononnya sanggup melanggar hukum semata-mata kerana telah dibayar bagi mengikut kehendak syarikat untuk mencari keuntungan dari pengenalan hibah harta bercagar .

Dengan pengeluaran fatwa negeri ini segala tohmahan terhadap kami dan segala perdebatan tentang hibah harta bercagar itu sah ataupun tidak telahpun terjawab. Alhamdulillah, terbukti selama ini pandangan Wasiyyah Shoppe Berhad tentang sahnya hibah harta bercagar adalah benar. Terima kasih Ya Allah.
 
ABS
Daie Mawarith Sepanjang Hayat ( DMSH )

Leave A Comment

Cart

No products in the cart.