RAHSIA WASIAT YANG JARANG DIPERKATAKAN

Kongsikan

SEBELUM MEMBUAT WASIAT MELANTIK WASI, KETAHUI DAHULU RAHSIA INI YANG JARANG DIPERKATAKAN ORANG !

Di Malaysia hari ini apabila disebut tentang WASIAT, 99% wasiat itu bermaksud wasiat yang melantik wasi. Bank pun menyediakan wasiat yang melantik wasi. Syarikat amanah pun menyediakan wasiat yang melantik wasi.

Wasi ini boleh terdiri dari sesiapapun individu atau syarikat amanah. Apakah peranan wasi itu ? Wasi ialah pihak yang semasa hidup kita telah lantik di dalam wasiat yang mana mereka inilah yang kita percayai untuk menguruskan harta pusaka kita selepas kematian kita. Peruntukan kuasa untuk wasi disebut dengan jelas di dalam Akta Probet dan Pentadbiran 1959.
 
Tetapi ada rahsia tentang wasiat melantik wasi ini yang jarang diketahui masyarakat.
 

APA BEZA WASI DAN PENTADBIR HARTA PUSAKA ?

“Wasi” bermaksud pihak yang kita lantik di dalam wasiat melantik wasi yang kita buat semasa kita hidup. Maknanya kalau sesuatu kes itu diuruskan oleh “wasi” , simati ADA MEMBUAT WASIAT melantik wasi semasa hidupnya.
 
“Pentadbir” pula bermakna semasa hidup simati tidak membuat wasiat melantik wasi maka waris-waris bersetuju untuk melantik pihak tertentu sama ada salah seorang dari waris atau syarikat amanah sebagai pentadbir. Maknanya kalau sesuatu kes itu diuruskan oleh “Pentadbir”, simati TIADA MEMBUAT WASIAT melantik wasi semasa hidupnya.
 

APA DIA RAHSIA TENTANG WASIAT MELANTIK WASI INI YANG TIDAK DIKETAHUI RAMAI ?

Seksyen 43 Akta Probet dan Pentadbiran menetapkan bahawa fi sehingga 5% dari nilai harta pusaka boleh dikenakan oleh pihak yang menjadi wasi atau pentadbir kepada harta pusaka. Untuk perbincangan kali ini kita akan fokus kepada Wasi sahaja kerana kita nak cover isu wasiat melantik wasi dahulu.

Hari ini memang ada pihak Wasi profesional mengenakan fi pengurusan pusaka sehingga 5% dari nilai harta pusaka sebagai fi profesional mereka mengikut peruntukan Seksyen 43 di atas. Ada juga yang mengenakan fi dari 1% sehingga 2%. Skala masing2 berbeza tetapi semuanya tidak melebihi 5% tersebut.

Barang perlu diingatkan, fi profesional pengurusan pusaka ini TIDAK TERMASUK fi-fi rampaian yang lain seperti fi guaman, fi perjalanan, fi percetakan dan apa sahaja fi lain yang berkaitan dengan urusan harta pusaka itu. Ada juga fi bayaran perintah yang dikenakan oleh Mahkamah Tinggi Sivil dan Pejabat Pusaka Kecil yang juga perlu ditanggung.
 
CONTOH : Ali membuat wasiat melantik pihak tertentu sebagai wasi di dalam wasiatnya. Ketika itu harta Ali bernilai RM 3 juta. Selepas Ali mati 10 tahun kemudiannya, harta Ali sudahpun bernilai RM 10 juta kerana sebelah rumahnya kini sudah terbina stesen MRT. Ini bermakna berapa fi sebenar pengurusan harta pusaka itu tertakluk kepada nilai harta pusaka ketika kematian.
 
5% fi pengurusan pusaka tadi akan dikenakan Wasi ke atas nilai harta pusaka Ali ketika mati iaitu RM 10 juta ( tidak termasuk fi rampaian di atas ) ! Bagaimana pula fi ini dibayar ? Ia akan ditolak dari apa-apa harta alih ( wang tunai ) yang ditinggalkan Ali.
 
Bagaimana pula jika Ali tidak meninggalkan wang yang mencukupi? Maka wasi boleh mengenakan fi itu kepada waris-waris Ali. Kalau waris-waris Ali pun tiada wang ? Maka Wasi boleh menggunakan kuasanya sebagai Wasi untuk mendapatkan finya.
 
Kalau anda ada membuat wasiat melantik Wasi, baca wasiat itu dengan terperinci dan anda akan dapati salah satu klausa akan menyebut bahawa Wasi boleh bertindak untuk mendapatkan finya kerana fi pengurusan pusaka ialah antara “komitmen” yang mesti ditolak terlebih dahulu dari harta pusaka sebelum ia diagih kepada waris yang berhak.
 
Kenapa pula Wasi profesional kenakan fi pengurusan pusaka yang mahal ? Kerana memang ada kerja-kerja rumit terkait undang-undang yang perlu mereka laksanakan. Ada kerja mestilah ada finya.
 

KEBAIKAN WASIAT MELANTIK WASI

Dalam masa sama saya tidak menafikan kebaikan wasiat melantik Wasi terutamanya melantik pihak profesional. Ia akan mempercepatkan proses dan memudahkan waris kerana semuanya diuruskan oleh Wasi profesional. Cumanya, pada saya waris perlulah didedahkan dengan jelas tentang fi pengurusan pusaka ini supaya tidak timbul isu ‘gharar’.

DI WASIYYAH SHOPPE BERHAD PROSES PENGURUSAN PUSAKA KAMI BUAT PERCUMA JE !

Kami sangat faham isu fi pengurusan pusaka ini memberi tekanan kepada waris terutamanya jika simati hanya meninggalkan hartanah sahaja ( tiada wang tunai ) dan waris pun tiada wang untuk membayar. Ada kes yang kami jumpa nilai hartanah yang ditinggalkan hanya RM 250,000 tetapi fi yang kena dibayar waris mencecah sehingga RM 80,000 ! Ada pula situasi yang saya pernah jumpa harta pusaka bersifat hartanah terpaksa dijual bagi menjelaskan fi pengurusan pusaka Wasi profesional tadi.

Kerana itu Wasiyyah Shoppe Berhad melalui kerangka Blue Ocean Strategy memperkenalkan Al Wasitah iaitu perkhidmatan pengurusan pusaka PERCUMA untuk waris. Ibubapa melanggan perkhidmatan ini dan bila mereka meningggal dunia, Wasiyyah Shoppe Berhad membantu waris melalui proses pengurusan pusaka secara PERCUMA. Tidak perlu bayar berpuluh ribu RM selepas kematian ibubapa, tiada unsur gharar dan waris tidak terbeban !

Pelanggan juga bebas kalau nak pilih di antara waris mereka sebagai Wasi atau nak pilih Wasiyyah Shoppe Berhad sebagai wasi. Biasanya pelanggan pilih Wasiyyah Shoppe Berhad sebagai Wasi hanya jika mereka berdepan dengan situasi tertentu yang menyukarkan proses pengurusan pusaka jika Wasinya ialah waris. Tiada paksaan untuk memilih Wasiyyah Shoppe Berhad sebagai Wasi.

Dengan kes Covid19 yang mengganas sekarang dan risiko kematian itu amat hampir dengan kita, inilah masa yang paling tepat untuk kita mendapatkan manfaaat Al Wasitah.

Bukankah lebih baik kamu tinggalkan waris kamu dalam keadaan senang dari kamu tinggalkan mereka dalam keadaan susah ?

ABS

Daie Mawarith Sepanjang Hayat ( DMSH )

Comments (2)

  • Mohd Fauzi Mohd Adnan

    December 20, 2022 - 3:55 pm

    sekiranya saya dah membuat melalui pejabat amanahraya…bolehkah saya membatalkan? dan bertukar kepada di wasiyyah shoppe? dan membatalkan di amanahraya di kenakan bayaran pembatalnya?

    • Admin

      March 29, 2023 - 1:05 am

      dah buat ape tu tuan? permohonan ke? kita kena kenalpasti dulu jenis permohonan yang dibuat di ARB.

Leave A Comment

Cart

No products in the cart.