RUGINYA PERUNDING TAKAFUL TAK BAWA PRODUK HIBAH HARTA BERCAGAR !
Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor pada 2018 dan 2019 telah memutuskan bahawa HIBAH BAGI HARTA DALAM GADAIAN ( yang masih ada pinjaman bank ) SAH dihibahkan dengan syarat mempunyai MRTT/MLTT atau kebenaran dari pemegang gadaian. Pewartaan fatwa ini SANGAT SIGNIFIKAN kesannya kepada perunding takaful !
Inilah pendirian yang telah Wasiyyah Shoppe bawa ke dalam masyarakat semenjak 2015 lagi bahawa HIBAH BAGI HARTA DALAM GADAIAN ADALAH SAH tertakluk kepada dua syarat tersebut. Keputusan ini adalah ijtihad Panel Syariah kami yang terdiri dari 7 orang pakar di dalam bidang fiqh mawarith dan undang-undang pusaka. Walau dikutuk dan dihina kononnya melanggar hukum syarak, kami tetap tegar dengan pendirian ini kerana penyelidikan ilmiah yang kami lakukan membawa kami kepada kesimpulan ini.
Hari ini pandangan kami terbukti benar apabila Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor juga mewartakan fatwa selari seperti pendirian kami. Fatwa yang telah diwartakan ini turut menjadi undang-undang dan mengikat (binding). Umat Islam kini tanpa ragu-ragu boleh menghibahkan rumah yang masih dalam pinjaman kepada sesiapa yang mereka kehendaki dan hibah itu adalah SAH tertakluk kepada syarat tersebut.
PERUNDING TAKAFUL, APA TUNGGU LAGI ?
Sangat rugi perunding takaful yang membawa produk takaful tidak membawa produk HIBAH HARTA BERCAGAR sekali kerana memang itulah yang pelanggan anda perlukan !
Tak payah susah-susah nak gunakan manfaat takaful untuk tebus hak waris faraid lain ke atas rumah itu. Hibahkan sahaja rumah yang masih dalam pinjaman itu kepada orang-orang tersayang. Jadikan polisi takaful itu sebagai MLTT untuk menjelaskan baki hutang rumah ( jika ada) melalui perkhidmatan Isti’man Wasiyyah Shoppe Berhad.
Gunakan perkhidmatan Wasiyyah Shoppe Berhad bagi urusan turun naik Mahkamah Syariah bagi mendapatkan pengesahan hibah rumah itu secara PERCUMA untuk waris anda. Rumah yang telah dihibah akan menjadi milik sah penerima hibah dan terkeluar dari harta pusaka.
Sebagai pelopor dan peneraju HIBAH HARTA BERCAGAR di Malaysia, kami bersedia membantu umat Islam seluruh Malaysia menghibahkan rumah mereka yang masih dalam pinjaman bank.
Rugi betul jika perunding takaful tak bawa produk HIBAH HARTA BERCAGAR kepada pelanggan anda. Jom join kami sebagai Daie pewarisan.
ABS
Daie Mawarith Sepanjang Hayat ( DMSH )