SELEPAS SAYA HIBAHKAN KEBUN MUSANG KING SAYA KEPADA ANAK, BOLEH TAK SAYA JUAL HASIL MUSANG KING TU MACAM BIASA DAN HASIL JUALANNYA SAYA MAKAN ?
Makcik ni datang kepadanya dengan tujuan untuk menghibahkan rumahnya. Tetapi makcik ini takut selepas hibah, anaknya akan menghalau dia dari rumah itu. Jadi dia pun bertanya kepada pembentang, adakah anak ada hak untuk menghalau dia selepas hibah dibuat ? Boleh tak dia terus tinggal di rumah itu walaupun selepas hibah ?
Saya yang menjadi peserta seminar tecengang mendengar cerita pembentang. Betapa rigid dan ketatnya hukum syarak berkaitan hibah pada pandangan pembentang. Tentu makcik tu tak jadi buat hibah bila mengenangkan anak dia boleh menghalaunya dari rumah
Selama bertahun-tahun kami mendidik masyarakat bahawa hibah bersyarat seperti ini adalah SAH dan MENGIKAT walaupun ada pihak yang tidak bersetuju dengan pandangan kami. Di Wasiyyah Shoppe Berhad dengan kelulusan Panel Syariah, kami memasukkan syarat ini di dalam hibah pelanggan yang kami buat ( atas permintaan ). Tujuannya ? Untuk menjaga kepentingan pemberi hibah supaya dia tidak kena halau dengan anaknya !
Fatwa yang telah diwartakan ini menolak segala dakwaan bahawa hibah bersyarat seperti ini tidak sah dan tidak mengikat. Islam itu indah dan memberi penyelesaian kepada semua permasalahan ummahnya cuma kita sahaja yang tidak mengetahui.