Shah Alam – Majlis Konvensyen Wasiyyah Shoppe Berhad 2020/2021 telah diadakan pada 13hb November 2021 yang diadakan di Pusat Konvensyen Setia City di Setia Alam sebagai penghargaan kepada para dai’e Wasiyyah Shoppe yang cemerlang di dalam membantu umat Islam merancang harta dan mengurus pusaka secara syariah mengikut platform yang disediakan oleh Wasiyyah Shoppe Berhad. Konvensyen kali ini menggabungkan konvensyen yang tidak dapat dianjurkan pada tahun lepas kerana pandemik Covid-19. Majlis yang diadakan dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) itu turut dirasmikan oleh Yang Berbahagia Dato’ Ahmad Tajuddin bin Abdul Rahman, Pengerusi Lembaga Pengarah Wasiyyah Shoppe Berhad.
WAJAH-WAJAH BARU
Majlis juga meraikan wajah-wajah baru para dai’e yang menyertai Wasiyyah Shoppe Berhad untuk memberi suntikan semangat agar terus berusaha dalam menyampaikan ilmu pewarisan ini kepada masyarakat. Tahniah dan terima kasih diucapkan di atas kesungguhan mereka untuk terus membantu umat Islam di dalam perancangan harta. Semoga dengan kejayaan ini, lebih ramai lagi pemain-pemain industri di luar sana terbuka untuk menyertai Wasiyyah Shoppe Berhad sebagai dai’e pewarisan.
Sebanyak 24 Anugerah diberikan di dalam Konvensyen kali ini yang dianugerahkan kepada Kausar Group, Fayiz Al Amin, Khalifah, CP Team, Mahmudah, Kami, Haqq Wealth Management dan lain-lain. Wasiyyah Shoppe Berhad mengucapkan tahniah kepada semua para pemenang dan berharap anugerah yang dimenangi akan melonjakkan lagi semangat para dai’e untuk terus berdakwah ilmu perwarisan harta kepada umat Islam di Malaysia. They are truly the best of the best.
“ANDALAH SEBENARNYA HERO KEPADA WASIYYAH SHOPPE BERHAD”
Itulah diantara petikan ucapan Tuan Haji Ariffin Sabirin, CEO Wasiyyah Shoppe Berhad sebagai penghargaan kepada semua para dai’e yang berusaha bertungkus-lumus menyampaikan ilmu pewarisan kepada masyarakat umat Islam di Malaysia. Konvensyen ini bukan sahaja diadakan untuk memberi penghargaan di atas kejayaan para dai’e semata-mata, malah diharapkan dapat membuka mata masyarakat tentang kepentingan merancang harta dan perlunya kepada bimbingan dan penerangan berterusan berkenaan perancangan harta dan pengurusan pusaka kepada masyarakat.