BETULKAH AKAUN PELABURAN CDS BOLEH DIHIBAHKAN ? PATUH SYARIAHKAH ?

Kongsikan

Soalan ini banyak diajukan kepada saya selepas Wasiyyah Shoppe Berhad melancarkan perkhidmatan Hibah Akaun CDS kami pada 17hb November yang lepas.

Melalui perkhidmatan hibah akaun CDS ini, para pelabur boleh menghibahkan akaun CDS mereka kepada sesiapa yang dikehendaki mengikut formula agihan yang dihasratkan. 

Akaun CDS ini akan terkeluar dari harta pusaka dan tidak perlu diagihkan kepada waris mengikut hukum faraid kerana ia telah dihibahkan secara sempurna ketika hayatnya pelabur itu.  

Perkhidmatan hibah ini adalah pertama seumpamanya di Malaysia malah mungkin juga di dunia dan mendapat pengiktirafan dari Bursa Malaysia sendiri. Di Turki saya ditanyakan bagaimana Wasiyyah Shoppe Berhad membangunkan perkhidmatan ini. In shaa Allah kaedah sama akan diperkenalkan kepada Bursa Turki.  

Sama kah hibah hartanah dengan hibah akaun CDS ? Inipun banyak ditanya kepada saya. Oleh kerana saya masih di Turki ketika itu maka tak dapatlah saya jawab dek kerana mesyuarat yang sangat padat di sana. Hari ini saya sudah berada di KL dan tengah kuarantin kat rumah, maka adalah masa sikit nak jawab.

Ramai orang ingat buat hibah ini semudah memenuhi rukun dan syarat sahaja maka sahlah hibah itu. Sebenarnya membangunkan perkhidmatan hibah TIDAK MUDAH seperti yang disangkakan. Saya tahu kerana saya sudah 17 tahun melalui proses pembangunan produk hibah di Wasiyyah Shoppe Berhad.

Sebenarnya kami mengambil masa hampir setahun bagi pembangunan perkhidmatan Hibah Akaun CDS ini bagi memastikan ia patuh semua keperluan hukum syarak, undang-undang syariah, akta yang berkenaan serta boleh berkuatkuasa mengikut undang-undang berkaitan di Malaysia. Kami perlu sangat cermat dalam urusan ini kerana kami mahu memastikan perkhidmatan ini berkuatkuasa mengikut undang-undang Malaysia.

Ia tidak semudah sekadar memenuhi rukun dan syarat hibah sahaja seperti yang disangkakan oleh ramai pihak. Proses pembangunan ini melibatkan pihak berotoriti tentang akaun CDS di Malaysia, pakar di dalam undang-undang syariah di Malaysia, peguam sivil dan pastinya Panel Syariah Wasiyyah Shoppe Berhad sendiri.

Secara keseluruhan lebih dari 12 kali mesyuarat ( mesyuarat dalaman dan luaran ) telah kami lalui bagi membincangkan pembangunan perkhidmatan ini. Pandangan dari pelbagai kitab ulamak muktabar seluruh dunia, enakmen dan akta berkenaan, kes-kes lampau sebagai panduan dan Akta Industri Sekuriti ( Central Depository System ) 1996 dihadam lumat bagi memastikan perkhidmatan ini patuh hukum syarak sepenuhnya dan dalam masa boleh dikuatkuasakan mengikut akta berkenaan.

ANDA PELABUR AKAUN CDS DAN BERHASRAT MENGHIBAHKAN AKAUN CDS ANDA ?

Mari Wasiyyah Shoppe Berhad bantu anda menghibahkan akaun CDS anda kepada orang tersayang. Jangan ragu-ragu.

Leave A Comment

Cart

No products in the cart.